anaerobik dan aerobik
Terdapat dua jenis latihan utama iaitu latihan anaerobik dan latihan aerobik.Anaerobik bermaksud aktiviti yang tidak memerlukan penggunaan oksigen dalam proses penghasilan tenaga, manakala aerobik pula membawa maksud aktiviti yangmemerlukan oksigen untuk menghasilkan aktiviti.
1. Latihan Anaerobik (Anaerobic Exercise)
Latihan anaerobik merupakan latihan berintensiti tinggi dalam tempohmasa yang singkat yang menyebabkan berlakunya metabolisma anaerobik. Latihan jenis ini biasanya digunakan oleh atlet dalam sukan yang melibatkan tempoh yang singkat. Latihan anaerobik tidak melibatkan penggunaan oksigen bagi menghasilkan tenaga.Terdapat dua jenis metabolism yang digunakan untuk menghasilkan tenaga yang digunakan dalam latihan anaerobik iaitu sistem ATP-PC dan Glikolisis.
Beberapa contoh aktiviti anaerobik seperti larian 100m,bola keranjang, angkat berat dan berenang 100m.
2.Latihan Aerobik (Aerobic Exercise)
Latihan Aerobik pula melibatkan latihan ataupun aktiviti yang berintensiti rendah dan dijalankan dalam tempoh masa yang lama. Latihan jenis ini melibatkan serta meningkatkan keupayaan penggunaan oksigen dalam badan(oxygen consumption). Latihan ini melibatkan penggunaan oksigen oleh badan untuk menghasilkan tenaga melalui proses metabolism. Metabolism bagi latihan aerobic melibatkan penggunaan serta kehadiran oksigen dalam proses penghasilan tenaga. Metabolisma aerobic adalah oxidative phosphorylation seperti Kitar Krebs dan Electron Transport Chain.
Terdapat banyak jenis latihan yang dapat digunakan untuk meningkatkan keupayaan aerobik seseorang atlet seperti latihan Fartlek, latihan interval, larian, berenang, aerobic dance exercise,berbasikal, mendayung.Keupayaan aerobik biasanya dikaitkan dengan keupayaan kardiovaskular seseorang atlet. Continuous training merupakan contoh latihan yang kerap digunakan untuk meningkatkan keupayaan aerobic. Program latihan secara continuous training yang biasa digunakan untuk meningkatkan keupayaan aerobic haruslah berasakan konsep FITT (F-Frequency, I-Intensity, T-Type, T-Time)
i.Frequency (Kekerapan aktiviti)Untuk meningkatkan keupayaan aerobik, sesi latihan mestilah tidak kurang daripada tiga kali seminggu.
ii.Intensiti latihan ditentukan berdasarkan kawalan kepada kadar denyutan nadi (Heart Rate-HR). Kadar denyutan nadi dapat ditingkatkan atau diturunkan dengan mempercepatkan atau melambatkan kadar pergerakan yang dilakukan.
iii.Type (Jenis aktiviti)Bagi meningkatkan keupayaan aerobic, jenis latihan mestilah latihan aerobik yang akan melibatkan pengulangan gerakan,pergerakan keseluruhan badan, pergerakan otot besar bagi sesuatu tempoh yang dipanjangkan. Sebagai contoh latihan aerobik adalah latihan Fartlek, latihan Interval dan Circuit Training.
iv.Time / Duration (Tempoh)Menurut American College of Sports Medicine (ACSM), bagi meningkatkan keupayaan aerobik, atlet harus menjalani latihan tidak kurang daripada 15 minit dengan kawalan kadar denyutan nadi(ditingkatkan/diturunkan- intensity). Semakin lama tempoh latihan,maka semakin tinggi kadar peningkatan keupayaan aerobik.
Perbezaan antara aerobik dan anaerobik


Comments
Post a Comment